BANGKOK: Menjelang Tahun 2024, Bangkok mengalami fenomena biasa - penduduk memulakan perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing.
Cuti Tahun Baharu empat hari yang bermula pada Jumaat, menyaksikan sejumlah besar kereta dan bas di jalan raya, kesemuanya menuju ke luar kota di seluruh negara.
Jalan di Bangkok yang lazimnya sibuk dengan orang ramai dan kenderaan serta jualan makanan jalanan, kini mula sunyi dan trafik bergerak lebih lancar.
Berikutan perjalanan keluar kota, stesen bas di Bangkok dibanjiri penumpang.
"Saya menantikan saat ini sepanjang tahun. Tidak sabar untuk menyambut Tahun Baharu bersama orang tersayang," kata Natcha Paimwattathaporn, 33, yang menaiki kereta api di Terminal Sentral Krung Thep Aphiwat (Stesen Besar Bang Sue) ke kampung halamannya di Chiang Mai.
Menurutnya perjalanan pulang memberi peluang untuknya bertemu ahli keluarga.
"Kami biasanya berkumpul untuk menyantuni orang tua, melawat kuil dan menikmati hidangan lazat," katanya.
Syarikat Pengangkutan yang dikendalikan kerajaan menjangkakan kira-kira 70,000 penumpang hari ini (Jumaat) pulang sempena tahun baharu.
Syarikat itu mengendalikan 4,000 perjalanan tambahan setiap hari antara Bangkok dan wilayah lain di negara itu pada hujung minggu tahun baharu.
State Railway of Thailand berkata lebih 90,000 penumpang memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing pada Jumaat.
Sementara itu, Presiden Airports of Thailand Public Company Limited (AOT) Keerati Kitmanawat berkata dianggarkan 2.65 juta penumpang atau purata 379,860 penumpang sehari akan terbang dari enam lapangan terbang utama Thailand bermula hari ini hingga 1 Jan.
Enam lapangan terbang yang diurus oleh Airports of Thailand (AOT) itu ialah Suvarnabhumi, Don Mueang, Chiang Mai, Phuket, Hat Yai dan Chiang Rai.
AOT akan mengendalikan sejumlah 15,152 penerbangan dalam tempoh itu atau purata 2,165 penerbangan sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
Cuti Tahun Baharu empat hari yang bermula pada Jumaat, menyaksikan sejumlah besar kereta dan bas di jalan raya, kesemuanya menuju ke luar kota di seluruh negara. - Gambar fail/Bernama
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Lelaki rampas bas, tembak dua penumpang
Seorang lelaki yang menembak dua orang awam dan mengambil 17 tebusan yang lain telah menyerah diri.
Bangkok sepi warga kota pulang ke kampung sempena tahun baharu
Menjelang Tahun 2024, Bangkok mengalami fenomena biasa - penduduk memulakan perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing.
Tujuh Majlis Perbandaran Tempatan diminta kenal pasti stesen bas, naik taraf laluan pejalan kaki
Sebanyak tujuh Majlis Perbandaran Tempatan di Lembah Klang telah diarah untuk mengenal pasti stesen bas dan laluan pejalan kaki.
Lelaki menyamar muslimah dalam tandas wanita nyaris dibelasah
Lelaki berkenaan memakai burka dan berpakaian serba hitam dalam usaha menyembunyikan identitinya.